42
Operasi Lanjutan
Menggunakan paparan “Memory Stick”
Tentang “Memory Stick”
“Memory Stick” (dijual berasingan) merupakan alat pengantaraan
rakaman litar bersepadu (IC) yang padat, mudahalih dan
serbaguna dengan kapasiti data yang melebihi cakera liut.
“Memory Stick” adalah direka khas untuk saling menukar dan
berkongsi data di antara barangan “Memory Stick” yang serasi
seperti kamera digital dan kamera video digital. Disebabkan ia
mudah dikeluarkan, “Memory Stick” boleh juga digunakan untuk
penyimpanan data luaran.
Paparan “Memory Stick” pada TV anda membolehkan anda
menonton imej pegun (fail JPEG*) dan wayang gambar (fail
MPEJ1**) yang tersimpan di dalam media “Memory Stick”.
Untuk maklumat penggunaan media “Memory Stick” yang lebih
lanjut, sila rujuk “Nota penggunaan media “Memory Stick”,
“Memory Stick PRO”” dan “Nota “Memory Stick Duo”” pada
halaman 44 dan 45.
“Memory Stick”, ”Memory Stick PRO”,”Memory Stick Duo” dan
“
” adalah cap dagang Sony Corporation.
Nota
• Kelajuan pemuatan data mungkin berbeza dan bergantung kepada
“Memory Stick”.
• Bunyi tidak dikeluarkan daripada pembesar suara TV apabila anda
menonton imej pegun yang tersimpan di dalam “Memory Stick”.
•“Memory Stick” yang telah diformatkan oleh komputer tidak boleh
digunakan untuk TV.
Keserasian Fail
Paparan “Memory Stick” boleh memaparkan imej pegun dan
wayang gambar yang tersimpan di dalam media “Memory Stick”
dengan format pemampatan berikut:
– fail JPEG* (menurut spesifikasi DCF*) dengan sambungan, .jpg
– fail MPEG1**, “MPEG MOVIE”, “MPEG MOVIE AD”, “MPEG
MOVIE EX”, “MPEG MOVIE HQ”, “MPEG MOVIE HQX”,
“MPEG MOVIE CV”, “VAIO Giga Pocket MPEG1”.
– Imej yang mengandungi lebih daripada 16 titik mendatar dan/
atau menegak untuk setiap garisan.
– Imej yang mengandungi kurang daripada 4096 titik mendatar
dan/atau menegak untuk setiap garisan.