Philips BDP3280 Blu-ray Player User Manual


 
38
Bonus View pada Blu-ray
Tonton kandungan khas (seperti komentar) dalam tetingkap skrin kecil.
Ciri ini hanya berlaku bagi cakera Blu-ray yang serasi dengan BonusView (juga dikenali sebagai gambar
dalam gambar).
1 Semasa mainan, tekan .
» Menu pilihan dipaparkan.
2 Pilih [Pilihan PIP] > [PIP], kemudian tekan OK.
» Pilihan PIP [1]/[2] bergantung kepada kandungan video.
» Tetingkap video yang kedua dipaparkan.
3 Pilih [Bahasa Audio ke-2] atau [Bahasa Sari Kata ke-2], dan tekan OK.
BD-Live pada Blu-ray
Akses perkhidmatan dalam talian yang eksklusif, seperti gazet lem, permainan, nada dering dan
kandungan bonus yang lain.
Ciri ini hanya berlaku bagi cakera Blu-ray yang berdaya BD-Live.
1 Sediakan sambungan Internet dan sediakan rangkaian (lihat “Sediakan rangkaian”).
2 Sambung peranti storan USB pada penyambung (USB) pada pemain ini.
Peranti storan USB digunakan untuk menyimpan kandungan BD-Live yang dimuat turun.
Jika anda menyambungkan pemain ini ke Internet melalui penyesuai USB Wi-Fi (dijual
berasingan), sambung hab USB (tidak dibekalkan) kepada pemain ini untuk menyediakan
berbilang pangkalan USB.
Untuk memadam BD-Live yang dimuat turun sebelumnya pada peranti storan USB untuk
membebaskan ruang memori, tekan dan pilih [Persediaan] > [Lanjutan] > [Kosongkan
ingatan].
3 Mainkan cakera yang berdaya BD-Live.
4 Pada menu cakera, pilih ikon BD-Live, dan tekan OK.
» BD-Live mula dimuatkan. Masa memuat bergantung pada cakera dan sambungan Internet.
5 Pada antara muka BD-Live, pilih item yang hendak diakses.
Catatan
Perkhidmatan BD-Live berbeza mengikut cakera dan negara.
Apabila anda menggunakan BD-Live, data pada cakera dan pemain ini diakses oleh pembekal kandungan.
Gunakan peranti storan USB dengan sekurang-kurangnya 1GB ruang bebas untuk menyimpan yang dimuat
turun.
MS-MY