50
• Pastikan TV dialihkan ke input sumber yang betul bagi pemain ini.
Tiada output audio daripada pembesar suara pada peranti audio luaran (teater rumah atau
amplier).
• Pastikan kabel audio disambung ke input audio pada peranti audio.
• Alihkan peranti audio luaran kepada input sumber audio yang betul.
Tiada bunyi pada sambungan HDMI.
• Anda mungkin tidak mendengar sebarang bunyi daripada output HDMI jika peranti yang
bersambung tidak mematuhi HDCP atau hanya serasi DVI.
Tiada output audio kedua untuk ciri gambar dalam gambar.
• Apabila [Strim Bit] di bawah menu [Audio HDMI] atau [Audio Digital] dipilih, bunyi interaktif
seperti bunyi kedua bagi ciri gambar dalam gambar akan dibisukan. Nyahpilih [Strim Bit].
Main
Tidak dapat memainkan cakera.
• Bersihkan cakera.
• Pastikan bahawa cakera dimuat dengan betul.
• Pastikan bahawa pemain ini menyokong cakera. Lihat “Spesikasi”.
• Pastikan bahawa pemain ini menyokong kod rantau DVD atau BD.
• Bagi DVD±RW atau DVD±R, pastikan cakera telah dimuktamadkan.
Fail video DivX tidak dapat dimainkan.
• Pastikan fail video DivX lengkap.
• Pastikan nama sambungan fail video adalah betul.
• Untuk memainkan fail yang dilindungi DivX DRM daripada peranti storan USB, sambung pemain
ini kepada TV melalui HDMI.
Sari kata DivX tidak dipaparkan dengan betul.
• Pastikan fail sari kata mempunyai nama fail yang betul-betul sama dengan fail video DivX.
• Pastikan bahawa fail sari kata mempunyai nama sambungan yang disokong oleh pemain ini (.srt,
.sub, .txt, .ssa, or .smi).
Tidak dapat membaca kandungan storan USB yang bersambung.
• Pastikan bahawa format peranti storan USB serasi dengan pemain ini.
• Pastikan bahawa sistem fail pada peranti storan USB disokong oleh pemain ini.
• Bagi HDD USB (cakera pemacu keras mudah alih), sumber kuasa luaran mungkin diperlukan.
Tanda ‘Tiada entri’ atau ‘x’ muncul pada TV.
• Operasi tidak boleh dijalankan.
Ciri EasyLink tidak berfungsi.
• Pastikan bahawa pemain ini disambungkan ke TV EasyLink jenama Philips, dan pilihan EasyLink
dihidupkan (lihat “Gunakan pemain cakera/ DVD Blu-ray anda” > “Gunakan Philips EasyLink”).
Saya tidak dapat mengakses ciri BD-Live.
• Pastikan bahawa pemain ini disambungkan kepada rangkaian (lihat “Gunakan cakera Blu-ray/
pemain DVD anda” > “Sediakan rangkaian”).
MS-MY