39
Bahasa Melayu
Mainkan video 3D Blu-ray
Sebelum anda bermula, pastikan bahawa:
• TV patuh 3D, dan bersambung kepada pemain ini melalui HDMI
• cakera ialah cakera 3D Blu-ray
• anda mempunyai kaca mata 3D yang serasi dengan TV.
1 Pastikan bahawa output 3D dihidupkan: tekan , dan pilih [Persediaan] > [Video] > [Tontoni
video 3D]> [Auto].
2 Mainkan video 3D Blu-ray.
3 Pakai kaca mata 3D untuk kesan 3D.
• Untuk memainkan video 3D dalam mod 2D, matikan output 3D Blu-ray (tekan , dan pilih
[Persediaan] > [Video] > [Tontoni video 3D]> [Mati]).
Sediakan rangkaian
Sambung pemain ini kepada Internet untuk mengakses perkhidmatan:
• BD-Live: akses ciri-ciri bonus dalam talian (hanya berlaku bagi cakera Blu-ray yang berdaya BD-
Live)
• Kemas kini perisian: kemas kini perisian pemain ini melalui Internet.
• YouTube: akses laman web YouTube.
• Picasa: akses laman web Picasa.
Catatan
• Untuk sambungan tanpa wayar, anda perlu menggunakan penyesuai opsyenal Wi-Fi USB Philips (yang
dinamakan WUB1110).
• Penyesuai Wi-Fi USB (WUB1110) tidak disertakan. Untuk membeli penyesuai ini, lawati shop.philips.com.
Jika kedai dalam talian Philips tidak tersedia di negara anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Philips.
Untuk butiran hubungan, pergi ke www.philips.com/support.
1 Sambung pemain ini kepada Internet melalui sambungan berwayar (Ethernet) atau wayarles.
• Untuk sambungan berwayar, sambung kabel rangkaian (tidak dibekalkan) ke pangkalan LAN
di panel belakang pemain ini.
• Bagi Wi-Fi, sambung penyesuai USB Wi-Fi Philips (yang dinamakan WUB1110) kepada
penyambung (USB) pada panel hadapan pemain ini.
MS-MY