Philips BDP3280 Blu-ray Player User Manual


 
53
Bahasa Melayu
Risikotertelanbateri!
Produk/alat kawalan jauh mungkin mengandungi bateri jenis syiling, yang boleh ditelan.
Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa!
Amaran kesihatan bagi 3D
Jika anda atau keluarga anda mempunyai sejarah mengalami epilepsi atau sawan fotosensitif,
jumpalah doktor sebelum mendedahkan diri anda kepada sumber cahaya berkelip, jujukan imej
deras atau tontonan 3D.
Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti pening, sakit kepala atau disorientasi, kami
mengesyorkan agar anda tidak menonton 3D dalam tempoh masa yang panjang. Jika anda
mengalami sebarang ketidakselesaan, hentikan menonton 3D dan jangan dengan serta merta
melakukan perkara yang mungkin berbahaya (seperti memandu kereta) sehingga gejala telah
hilang. Jika gejala berterusan, jangan teruskan menonton 3D tanpa merujuk kepada doktor
terlebih dahulu.
Ibu bapa hendaklah mengawasi anak mereka ketika menonton 3D dan memastikan mereka
tidak mengalami ketidakselesaan seperti yang disebutkan di atas. Menonton 3D tidak disyorkan
bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun kerana sistem penglihatan mereka masih belum lagi
berkembang dengan sempurna.
Jagaan produk anda
Jangan letakkan sebarang objek selain daripada cakera ke dalam petak cakera.
Jangan masukkan cakera yang meleding atau merekah ke dalam petak cakera.
Keluarkan cakera daripada petak cakera jika anda tidak menggunakan produk untuk tempoh
masa yang lama.
Hanya gunakan kain mikrogentian untuk membersihkan produk.
Jagaan alam sekitar
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan menggunakan bahan dan komponen yang berkualiti
tinggi, yang boleh dikitar semula dan digunakan semula.
CLASS 1
LASER PRODUCT
MS-MY