Philips BDP3280 Blu-ray Player User Manual


 
49
Bahasa Melayu
6 Menyelesaikan masalah
Amaran
Risiko kejutan elektrik. Jangan keluarkan sarung pemain ini.
Supaya jaminan tetap sah, jangan cuba baiki pemain ini sendiri.
Jika anda mempunyai masalah menggunakan pemain ini, periksa perkara yang berikut sebelum anda
memohon servis. Jika anda masih mempunyai masalah, daftarkan pemain anda dan dapatkan sokongan di
www.philips.com/welcome.
Jika anda menghubungi Phillips, anda akan diminta untuk memberikan nombor model dan nombor siri
pemain ini. Nombor model dan nombor siri terletak pada bahagian belakang pemain ini. Tulis nombor
tersebut di sini:
No. Model __________________________
No. Siri ___________________________
Unit utama
Butang pada pemain ini tidak berfungsi.
Tanggalkan sambungan pemain ini daripada bekalan kuasa buat beberapa minit, dan kemudian
sambung semula.
Gambar
Tiada gambar.
Pastikan TV dialihkan ke input sumber yang betul bagi pemain ini.
Bagi sambungan komposit (melalui penyambung VIDEO ) kepada TV, pada pemain ini pilih
resolusi video 480i/576i atau 480p/576p di bawah [Video HDMI] untuk mendayakan output
video.
Tiada gambar pada sambungan HDMI.
Pastikan kabel HDMI tidak rosak. Jika ia rosak, ganti dengan kabel HDMI yang baru.
Pada unit kawalan jauh, tekan dan kemudian tekan “731” (butang angka) untuk memulihkan
paparan gambar. Atau tunggu selama 10 saat untuk pemulihan automatik.
Jika pemain ini disambung dengan kabel HDMI kepada peranti paparan yang tidak diluluskan,
isyarat audio/video mungkin tidak akan keluar.
Cakeratidakmemainkanvideodenisitinggi.
Pastikan cakera mengandungi video denisi tinggi.
Pastikan sokongan TV mengandungi video denisi tinggi.
Bunyi
Tiada output audio daripada TV.
Pastikan kabel audio disambung ke input audio TV.
MS-MY