Philips BDP3280 Blu-ray Player User Manual


 
Bahasa Melayu
NOTIS
PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR PERISIAN
PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR PERISIAN INI (“PERJANJIAN INI”) ADALAH PERJANJIAN YANG SAH
DI SISI UNDANG-UNDANG ANTARA ANDA (SAMA ADA SEORANG INDIVIDU ATAU SUATU ENTITI) DAN
PHILIPS CONSUMER LIFESTYLE B.V. SEBUAH SYARIKAT LIABILITI TERHAD BELANDA, BERIBU PEJABAT DI HIGH
TECH CAMPUS 37, 5656 AE EINDHOVEN, BELANDA DAN SYARIKAT SUBSIDIARINYA (SECARA INDIVIDU
DAN KOLEKTIF “PHILIPS”). PERJANJIAN INI MEMBERI HAK KEPADA ANDA UNTUK MENGGUNAKAN PERISIAN
TERTENTU (“PERISIAN”) TERMASUK DOKUMENTASI PENGGUNA DALAM BENTUK ELEKTRONIK YANG
MUNGKIN DIBEKALKAN SECARA BERASINGAN ATAU BERSAMA DENGAN PRODUK PHILIPS (“PERANTI”)
ATAU PC. DENGAN MEMUAT TURUN, MEMASANG ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN, ANDA MENERIMA
DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN SEMUA TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN INI. SEKIRANYA
ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, JANGAN MEMUAT TURUN, MEMASANG ATAU
MENGGUNAKAN PERISIAN. SEKIRANYA ANDA MEMPEROLEH PERISIAN DALAM MEDIA NYATA MIS. CD
TANPA BERPELUANG MENYEMAK LESEN INI DAN TIDAK BERSETUJU MENERIMA SYARAT INI, ANDA BOLEH
MENDAPAT BAYARAN BALIK PENUH AMAUN, JIKA ADA, YANG ANDA TELAH BAYAR UNTUK PERISIAN
SEKIRANYA ANDA MEMULANGKAN PERISIAN TIDAK DIGUNAKAN BERSAMA DENGAN BUKTI PEMBAYARAN
DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PEMBELIAN.
1. Pemberian Lesen. Perjanjian ini memberi anda lesen tidak eksklusif, tidak boleh pindah milik, tidak boleh memberi
sublesen, untuk memasang dan menggunakan, pada Peranti atau PC, sebagaimana yang berkenaan, satu (1) salinan
versi Perisian yang ditentukan dalam format kod objek seperti yang dinyatakan di dalam dokumentasi pengguna
semata-mata untuk kegunaan peribadi anda. Perisian adalah “dalam penggunaan” apabila ia dimuatkan ke dalam ingatan
sementara atau kekal (mis. RAM, cakera keras, dsb.) PC atau Peranti.
2. Pemilikan. Perisian ini dilesenkan dan bukannya dijual kepada anda. Perjanjian ini hanya memberikan anda hak untuk
menggunakan Perisian, tetapi anda tidak memperoleh sebarang hak, nyata atau tersirat, dalam Perisian kecuali yang
ditentukan dalam Perjanjian ini. Philips dan pemberi lesennya memegang semua hak, hak milik, dan kepentingan dalam
dan atas Perisian, termasuk semua paten, hak cipta, rahsia perdagangan, dan hak harta intelektual lain yang digabungkan
di dalamnya. Perisian ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta, peruntukan perjanjian antarabangsa dan undang-
undang harta intelektual lain. Oleh itu, kecuali yang dikemukakan dengan jelas di sini, anda tidak boleh menyalin
Perisian tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Philips, tetapi anda dibenarkan membuat satu (1)
salinan Perisian untuk tujuan sandaran anda sahaja. Anda tidak boleh menyalin sebarang bahan cetak yang disertakan
bersama Perisian, ataupun mencetak lebih daripada satu (1) salinan sebarang dokumentasi pengguna yang dibekalkan
dalam bentuk elektronik, tetapi anda dibenarkan membuat satu (1) salinan bahan cetak itu untuk tujuan sandaran anda
sahaja.
3. Sekatan Lesen. Melainkan seperti yang nyatakan sebaliknya di sini, anda tidak boleh menyewakan, memajakkan,
memberi sublesen, menjual, menyerah hak, meminjamkan atau memindahkan Perisian. Anda tidak boleh, dan anda
tidak boleh membenarkan mana-mana pihak ketiga, menjurutera undur, menterbalik kompil, atau menyahhimpun
Perisian, kecuali setakat larangan jelas sekatan di atas oleh undang-undang yang terpakai. Anda tidak boleh membuang
atau memusnahkan sebarang pengenalan produk, notis hak cipta atau penanda hak milik atau sekatan lain daripada
Perisian. Semua hak milik, tanda dagangan dan notis hak cipta dan hak terbatas akan dihasilkan semula pada salinan
sandar Perisian anda. Anda tidak boleh mengubah suai atau menyesuaikan Perisian, menggabungkan Perisian ke
dalam program lain atau mewujudkan kerja-kerja terbitan berasaskan Perisian.
4. PenaanPERISIAN INI DIREKA BENTUK UNTUK MEMBANTU ANDA MEMINDAHKAN BAHAN YANG ANDA
MILIKI HAK CIPTANYA ATAU TELAH ANDA PEROLEH KEBENARAN UNTUK DIAMBIL DAN DIPINDAHKAN
DARIPADA PEMILIK HAK CIPTANYA. MELAINKAN ANDA MEMILIKI HAK CIPTANYA ATAU MEMPUNYAI
KEBENARAN UNTUK MENGAMBIL DAN MEMINDAHKAN DARIPADA PEMILIK HAK CIPTANYA, ANDA
MUNGKIN MELANGGAR UNDANG-UNDANG HAK CIPTA DAN DIKENAKAN BAYARAN GANTI RUGI DAN
REMEDI LAIN. SEKIRANYA ANDA TIDAK PASTI TENTANG HAK ANDA, ANDA HARUS MENGHUBUNGI
PENASIHAT UNDANG-UNDANG ANDA. ANDA MENERIMA TANGGUNGJAWAB PENUH BAGI
PENGGUNAAN PERISIAN SECARA SAH DAN BERTANGGUNGJAWAB.
5. PenaandanPembatasanPihakKetigaWM-DRM: WM-DRM: Pembekal kandungan menggunakan teknologi
pengurusan hak digital Microsoft untuk Windows Media (“WM-DRM”) bagi melindungi integriti kandungan mereka
(“Kandungan Selamat”) supaya hak intelektual mereka, termasuk hak cipta, dalam kandungan sedemikian tidak
disalahgunakan. Beberapa bahagian Perisian ini dan aplikasi pihak ketiga lain (“Perisian WM-DRM”) menggunakan