Sony KV-HR36 CRT Television User Manual


 
2
AMARAN
• TV anda bervoltan tinggi yang membahayakan.
• Voltan pengendalian TV : 220 - 240 V AC.
Jangan sambungkan palam wayar kuasa TV sebelum anda selesai membuat semua
sambungan yang lain; jika tidak, kebocoran arus yang minimum mungkin
mengalir menerusi antena dan terminal lain ke bumi.
Untuk mengelakkan kebocoran bateri dan kerosakan alat kawalan jauh, keluarkan bateri
dari alat kawalan jauh jika anda tidak menggunakannya untuk beberapa hari. Jika anda
tersentuh sebarang cecair yang terbocor dari bateri, sila cuci dengan air secepat mungkin.
Jangan buka kabinet dan penutup belakang TV
kerana terdapat voltan yang tinggi dan bahagian
yang merbahaya di dalam TV. Kerja membaiki dan
membuang TV hendaklah dilakukan oleh orang
yang berkelayakan sahaja.
TV anda hanya untuk kegunaan di rumah sahaja. Jangan
gunakan TV anda dalam sebarang kenderaan atau di
tempat yang amat berhabuk, panas, lembap atau di
tempat yang mengalami gegaran yang melampau.
Untuk mengelakkan dari berlakunya kebakaran
atau litar pintas, jangan dedahkan TV kepada
hujan atau kelembapan.
Jangan pasang TV sekiranya terdapat sebarang
tumpahan cecair atau pepejal yang terjatuh ke
dalamnya. Pemeriksaan segera harus dilakukan
oleh orang yang berkelayakan sahaja.
Jangan halang ruang pengudaraan TV. Jangan
letakkan TV di tempat yang tertutup seperti rak
buku atau kabinet.
Untuk keselamatan kanak-kanak, jangan biarkan
kanak-kanak bermain atau memanjat TV.
Bersihkan TV dengan kain yang kering dan lembut.
Jangan gunakan benzina, pencair atau bahan kimia yang
lain untuk membersihkan TV. Jangan lekatkan apa-apa
(contohnya, pita pelekat, pita selofan, gam) pada kabinet
bercat TV anda. Jangan calarkan tiub gambar.
Untuk keselamatan diri, jangan sentuh mana-mana
bahagian TV, wayar kuasa dan kabel antena
semasa kilat.