3
Pasangkan TV di atas rak TV dan lantai yang stabil
serta boleh menyokong berat TV anda. Pastikan
permukaan rak TV adalah rata dan luasnya adalah
lebih besar daripada luas permukaan bawah TV.
Jangan sambungkan terlalu banyak perkakas
elektrik kepada satu soket kuasa. Jangan rosakkan
wayar.
Pegang palam untuk menarik keluar wayar kuasa TV.
Jangan terus tarik wayar kuasa. Walaupun TV anda
telah ditutup, TV anda masih bersambung kepada
sumber kuasa AC (kuasa utama) selagi wayar kuasa
TV disambungkan ke soket. Cabut wayar kuasa TV
sebelum memindahkan TV anda atau jika anda tidak
menggunakan TV untuk beberapa hari.
Tentang saduran berkilat di atas dan
di kedua-dua bahagian tepi TV anda
Bahagian atas dan kedua-dua bahagian tepi TV anda adalah bersaduran kilat.
Untuk mengelakkannya daripada luntur, pudar atau tercalar:
• Elakkan daripada memukul TV anda dengan objek.
• Jangan letakkan objek panas seperti secawan kopi atau objek berat seperti bekas
bunga berisi air di atas TV anda. Jika cecair tertumpah ke dalam kabinet, kebakaran
dan letupan mungkin berlaku.
Jangan letak sebarang
benda di atas TV anda.
Jangan dedahkan TV
kepada titisan atau
percikan cecair dan
jangan letak sebarang
benda yang
mengandungi cecair
seperti bekas bunga di
atas TV anda.
MY