44
Operasi Lanjutan
Menggunakan paparan “Memory Stick” (bersambung)
Nota penggunaan media “Memory Stick PRO”, “Memory
Stick”
Ikuti langkah-langkah berikut apabila menggunakan media
“Memory Stick”, “Memory Stick PRO”:
• Untuk mengelakkan kerosakan imej pegun daripada berlaku,
jangan tutup TV atau alihkan media “Memory Stick” daripada
lubang selitan semasa pemprosesan data dijalankan (apabila
lampu petunjuk “Memory Stick” bernyala).
• Elakkan daripada menyentuh terminal media “Memory
Stick”atau terminal media “Memory Stick” daripada terkena
objek berunsur logam.
• Jangan jatuhkan, bengkokkan atau dedahkan media “Memory
Stick” kepada kejutan luaran.
• Jangan membuka atau mengubahsuai media “Memory Stick”.
• Elakkan media “Memory Stick” daripada dimasuki cecair.
• Lekatkan label hanya pada tempat yang ditentukan.
• Untuk mengelakkan kerosakan imej pegun daripada berlaku,
jangan guna atau simpan media “Memory Stick” di tempat yang
terdedah kepada:
— Suhu yang tinggi (seperti alat pemanas atau dalam kereta
yang panas)
— Kelembapan yang tinggi
— Pancaran matahari
— Bahan kimia yang menghakis
— Medan magnet
— Habuk yang berlebihan
— Elektrik statik atau gangguan elektrik
— Gelombang elektrik
• Simpan dan bawa media “Memory Stick” dalam bekas asal agar
keselamatan data yang tersimpan dijamin.
• Simpan satu sokongan data untuk data yang telah tersimpan.
Kedudukan label